Archive for January, 2008

PANDUAN MENULIS KAJIAN MANIKAYU (TESIS)

Monday, January 7th, 2008

Asalamualaikum dan Salam Pengakap

Dalam kesempatan ini, saya ingin membantu sedikit sebanyak dalam memberikan panduan asas format penulisan tesis manikayu. Apa yang bakal diutarakan disini bukanlah cara penulisan yang muktamad (dengan mengambilkira lain individu, lain cara membuat ayat/penerangan/susunatur isi). Tetapi apa yang boleh saya kongsikan ialah cara yang bersesuaian dan bersistem serta boleh meningkatkan lagi imej Kepengakapan itu sendiri. Dalam usaha menaikkan imej kepengakapan itu sendiri, kita haruslah mula membuat kerja-kerja berkaitan dengan cara yang lebih ‘professional’ dan sistematik. Ini secara langsung akan memudahkan para pembaca kajian membuat penilaian terhadap tesis anda (Jangan lupa bahawa tesis anda akan dinilai dan diberi markah – samada lulus ataupun gagal).

Tesis manikayu adalah merupakan ‘kajian’ yang dilakukan oleh seseorang bakal Pemimpin Pengakap terhadap antara lain: skim latihan, dasar serta polisi, sejarah, biografi malah juga perkaitan serta penglibatan Pengakap dengan persekitaran (alam/masyarakat/agensi-agensi dll); baik ianya telah diterbitkan sebelum ini ataupun sesuatu yang baru yang ingin diperkenalkan. Ianya haruslah berbentuk fakta serta lengkap dengan ilustrasi, petikan serta rujukan yang sahih. Ini kerana ada masa-masa tertentu di mana tesis ini juga haruslah boleh digunakan sebagai rujukan terhadap pelaksanaan kelak.

Antara perkara yang perlu diambilkira dalam penulisan sesebuah tesis (kajian) ialah:

1.            FORMAT ASAS

-                     Sebaik-baiknya ditaip menggunakan font ‘Times New Roman’

atau ‘Arial’ dengan saiz 12.

-                     Ditaip langkau 2 baris (Double Spacing) pada document yang

            ditetapkan pada saiz A4

-                     Menggunakan format penulisan sistematik (lengkap dengan hujah,

            rujukan, petikan, ilustrasi, nota – footnote/endnote): Anda bebas

            menggunakan format A.P.A. atau M.L.A. (Penerangan mengenai

            kedua-dua format di atas boleh didapati dengan mudah di internet.)

-            Meletakkan muka surat (page number) pada setiap helaian

2.         MUKA DEPAN (COVER PAGE)

Perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah Muka Depan (cover tesis anda). Ianya haruslah mengandungi:

i.                     Kajian Kursus Manikayu

ii.                   Tajuk Tesis

iii.                  Unit Pengakap terbabit. (PKK, PM, PR atau Kelana)

iv.                 Nama Penulis Tesis

v.                   Sebarang ilustrasi atau hiasan yang diperkirakan sesuai

3.            KANDUNGAN (TABLE OF CONTENTS)

Setiap tesis haruslah mempunyai Sinopsis atau kandungan isi tesis tersebut (sebaik-baiknya disertakan dengan mukasuratnya sekali)

4.            MUKADIMAH

Sedikit kata pembukaan oleh penulis tesis (cadangan:mengapa anda memilih tajuk yang anda tulis serta apa harapan anda dalam penulisan tesis tersebut)

5.            BIODATA LENGKAP PENULIS TESIS

Penulis haruslah menyatakan maklumat peribadi lengakap dengan foto terkini serta maklumat latarbelakang kepengakapan anda.

6.         ISI KAJIAN

Maklumat yang hendak disampaikan di dalam sesebuah tesis haruslah diatur secara tertib dan mudah difahami oleh pembaca. Sebaik-baiknya sokong hujah-hujah anda dengan bukti-serta fakta seperti foto, carta, statistik, petikan (quotations) dan bahan rujukan. Penggunaan footnote atau endnote boleh membantu dari segi kekemasan serta kekuatan/ketepatan penulisan anda.

7.            RUJUKAN (BIBLIOGRAPHY)

Penulis yang baik haruslah mampu menyenaraikan bahan-bahan rujukan yang digunakan bagi menyokong serta menguatkan isi kajian mereka. Senarai rujukan (bibliography) haruslah ditempatkan di penghujung tesis anda.

Semasa saya menulis nota ini, saya belum ada contoh tajuk kajian bagi unit Pengakap Muda dalam bentuk ‘softcopy’, namun saya ingin juga memberi contoh tajuk yang ditetapkan untuk penulisan manikayu seperti yang terkandung dalam UNIT PENGAKAP KELANA

CONTOH TAJUK KAJIAN UNIT PENGAKAP KELANA

1.      Sejarah Pengakap Kelana di Daerah/Negeri/Malaysia

2.      Perkhemahan Pengakap Kelana untuk tiga hari

3.      Perlembagaan Malaysia

4.      Sejarah dan Pengertian Bendera Malaysia dan Negeri

5.      Pilih salah satu Agensi-Agensi Kerajaan yang ada di Malaysia:-

5.1             Imigresen

5.2             Penerangan

5.3             Penjara

5.4             Jabatan Kerjaraya

5.5             Pertanian

5.6             Jabatan Buruh

5.7             Perbendaharaan

5.8             Cukai Pendapatan

5.9             Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia

6.      Sistem Kehakiman di Malaysia

6.1             Mahkamah Agong

6.2             Mahkamah Tinggi

6.3             Mahkamah Tengah

6.4             Mahkamah Rendah

6.5             Mahkamah Syariah

6.6             Mahkamah Tentera

7.      Parlimen Malaysia

8.      Jabatan Perpaduan Negara

9.      Rancangan Malaysia Yang Ke-Tujuh

10.      Dasar Ekonomi Baru

11.      Dasar Pelajaran Kebangsaan

12.      Dasar Belia Negara

13.      Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

14.      Pilih salah satu bidang kerjasama antarabangsa:-

14.1            WHO

14.2            UNESCO

14.3            ILO

14.4            ASEAN

14.5            WORLD BANK/BANK PEMBANGUNAN ASIA

14.6            OPEC

14.7            SUKAN/OLYMPIC

14.8            PERTUBUHAN ANTI DADAH SEDUNIA

15.      Kerakyatan Malaysia

16.      Kementerian Dalam Negeri

17.      Persaudaraan Pengakap Sedunia

18.      Jabatan Kehutanan Malaysia

19.      Alat-alat Muzik tradisi Malaysia

20.      Seni bina Malaysia

21.      Tarian-tarian Tradisi Malaysia

22.      Seni lakon – Bangsawan/Makyong/Menora/Wayang Kulit

23.      Sejarah Kesusasteraan Melayu Kuno

24.      Sejarah Kesusasteraan Moden

25.      Salah Seorang ahli Falsafah Dunia

26.      Sejarah Persuratan Akhbar Malaysia

27.      Agama Rasmi Malaysia

28.      Salah Seorang Tokoh Agama Dunia

29.      Penyalahgunaan dadah

30.      Rancangan Lima Tahun Pengakap Kelana

31.      Tanggungjawab Pengakap Kelana Terhadap Masyarakat

32.      Sahsiah Seorang Pengakap Kelana yang baik

33.      Peranan Seorang Pengakap Kelana terhadap Kumpulan Pengakap:-

33.1            Pengakap Kanak-Kanak

33.2            Pengakap Muda

33.3            Pengakap Remaja

34.            Penglibatan Pengakap Kelana terhadap Pembangunan Masyarakat

Berdasarkan tajuk-tajuk di atas, saya harap anda akan dapat sedikit sebanyak mengaitkan isu yang setara untuk unit Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda serta Pengakap Remaja.

Sekiranya masih terdapat sebarang kemusykilan, anda bolehlah menghubungi saya di talian 088-219559 ataupun 012-8325546.

Selamat Menulis.

NOURMAN RAYN

Setiausaha

Pasukan Latihan Negeri Sabah

7 Januari 2008 / 9.00 p.m.