UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI SABAH

June 28th, 2008 by kkscout

Pada 28hb Jun, 2008, Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Sabah (MBS) Kali ke-12 telah diadakan bertempat di Palace Hotel, Kota Kinabalu. MPAT kali ini menyaksikan pertukaran tampuk pimpinan Majlis Belia Sabah yang merupakan badan penggerak belia terunggul di Sabah.

Pemangku Presiden MBS, Datuk Awang Zainie Hj. Suntim (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah/KPPNS) yang telah menjawat jawatan Timbalan Presiden sejak awal penubuhan MBS (1995) dan menjadi tunggak kepimpinan MBS sepanjang 13 tahun ini telah mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda untuk menerajui Majlis ini. Ucapan dasar yang beliau sampaikan semasa MPAT kali ini adalah merupakan ucapan beliau yang terakhir selaku peneraju MBS.

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) telah menjadi tulang belakang pelaksanaan program MBS semenjak awal penubuhannya di bawah pimpinan Datuk KPPNS kita. Dan melalui MBS, martabat, imej serta status PPMCS juga telah mula dapat dibangkitkan kembali hingga ke tahap yang ada pada hari ini. Melalui MBS ahli-ahli Pengakap Sabah telah dapat menyertai beberapa program yang mantap dan bernilai seperti Khemah-khemah Kerja Belia, Larian Bendera, Motothon, Kem Merdeka, kempen-kempen dan banyak lagi program lainnya.

Melalui MBS juga Pengakap Sabah sedikit sebanyak juga berupaya mengukuhkan kedudukan dana yang telah membolehkan program-program Pengakap dianjurkan di peringkat negeri, bahagian dan juga daerah. Berikut merupakan wakil Pengakap Sabah dalam Majlis Tertinggi MBS yang turut sama mengundurkan diri bersama-sama KPPNS kita.

1) A.M. Yaakub Hj. A.D. Yahya (Pen. Pesuruhjaya Negeri)

- EXCO MBS

2) Ahmed Tariq Datuk Aripen (Pen. Pesuruhjaya Negeri)

- EXCO MBS

3) Nourain Datuk Awang Zaini (Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri)

- EXCO MBS

4) Azman Badu (Pesuruhjaya Daerah Sembulan)

- Setiausaha Agung MBS

Manakala, berikut merupakan wakil-wakil Pengakap Sabah yang telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi MBS dalam tampuk kepimpinan yang baru.

1) Nourman Rayn Datuk Ag. Zaini (Pen. Pesuruhjaya Negeri)

- Naib Presiden MBS

2) Makrin bin Sudi (Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri)

- EXCO MBS

3) Mohd Suhaimi Mohamed Husain (Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri)

- EXCO MBS

4) Dyah Shintawati Sunjoto (Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri)

- EXCO MBS

Dalam kesempatan ini, saya bagi pihak perwakilan baru Pengakap Sabah seperti tersebut di atas ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kepercayaan yang diberi oleh KPPNS kepada kami untuk menjadi suara dan duta Pengakap Sabah di dalam MBS dan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada KPPNS serta para perwakilan yang lama di atas segala sumbangan dalam memajukan Pergerakan Pengakap di Sabah melalui MBS.

Saya juga ingin menyeru kepada ahli-ahli Pengakap Sabah untuk sama-sama berkongsi rasa dalam ‘thread’ perbincangan dengan tajuk yang sama dalam Sabah Scouts United Group (SSU) dan sekiranya ada, ucapan penghargaan setulus hati anda terhadap Y.Bhg. Datuk KPPNS kita di atas segala pengorbanan, sumbangan jasa dan bakti sepanjang memegang tampuk pimpinan MBS dalam memajukan lagi Pergerakan Pengakap yang kita cintai ini.

Pendapat, ucapan dan perkongsian rasa anda dalam ‘thread’ perbincangan tersebut akan kami zahirkan dan dipersembahkan kepada Datuk KPPNS kita sebagai pengiktirafan ahli SSU terhadap kepimpinan beliau selama ini.

SABAH SCOUTS UNITED : Official Sabah Scouts’ e-Group

June 23rd, 2008 by kkscout

Mukadimah

Selaras dengan “Resolusi Kundasang” Pentadbiran Pengakap di seluruh Negeri

Sabah

terbahagi kepada 42 jajahan Daerah Kepengakapan dan 6 Bahagian. Sungguhpun Pesuruhjaya telah dilantik bagi setiap Bahagian dan Daerah untuk menyalurkan maklumat daripada Ibupejabat Negeri ke setiap kumpulan dan ahli Pengakap, faktor logistik dan geografi sesetengah tempat serta komitmen masa, aliran maklumat selalunya mengambil masa yang agak lama dan kadangkala langsung tidak mencapai ke pengetahuan Pengakap di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, peserta Bengkel ICT Pengakap Negeri yang telah diadakan pada 9 – 11 November 2007 telah merumuskan bahawa :

i.                     Salah satu sebab utama kekurangan penyertaan dalam aktiviti Pengakap Negeri semenjak 6 tahun lepas adalah kerana kelemahan dari segi strategi penyampaian maklumat.

ii.                   Golongan sasar penyampaian maklumat (Pengakap di peringkat akar umbi) lebih gemar dan mudah mendapatkan maklumat secara ‘on-line’, terutamanya yang bersifat ‘interaktif’ (dua hala) berbanding dengan laman web biasa dan cara konvensional (pos, telefon, fax dsb.)

Satu sesi percubaan telah dibuat semasa penganjuran JOTA-JOTI 2007 di mana maklumat disampaikan hanya melalui internet dalam jangka masa yang singkat sebelum acara. Apabila penyertaan JOTA-JOTI 2007 dibandingkan dengan penyertaan pada tahun 2006, didapati bahawa kadar penyertaan telah meningkat sebanyak 100%. Oleh yang demikian

Selari dengan kajian 3 bulan yang dibuat sebelum Bengkel ICT tersebut (September - November 2007), adalah didapati bahawa terdapat lebih daripada 1,000 orang Pemimpin serta Pengakap di seluruh negeri Sabah yang memiliki profil peribadi dalam “Jaringan Sosial” (Social Networking) seperti Friendster, MySpace, Tagged, Hi5 dan sebagainya. Terdapat juga lebih 20 buah kumpulan Pengakap dan Krew Kelana Sabah yang telah memiliki e-group masing-masing.

Oleh yang demikian, adalah diperkirakan perlu dan bersesuaian untuk mewujudkan satu platform di dalam Friendster bagi tujuan penyampaian maklumat kepada golongan sasar terbesar Pengakap negeri dan juga bagi tujuan mempromosikan Pengakap secara amnya.

Matlamat

Mewujudkan satu komuniti rangkaian komunikasi dua hala (interaktif) secara “online” sesama Pengakap semua peringkat dari seluruh Sabah bagi menjana pendekatan terbaik kearah memartabatkan imej Pengakap pada pandangan umum di samping memberi respon serta maklumbalas untuk tujuan memperkaya dan memperbaiki pembentukan polisi Pengakap Negeri Sabah.

Objektif

1.         Mewujudkan satu komuniti yang boleh menyuarakan pendapat kearah

peningkatan positif terhadap pembentukan polisi Pengakap Negeri.

2.         Menyampaikan maklumat yang tepat, cepat dan langsung kepada semua

peringkat Pengakap di seluruh negeri

Sabah

pada kos yang rendah.

3.         Memperkenalkan imej korporat Pengakap masakini melalui satu kumpulan

yang diseliakan terus di bawah Ibupejabat Negeri Sabah.

4.         Mengenalpasti masalah di peringkat akar umbi yang tidak disampaikan 

            kepada negeri dan sekaligus mencari jalan penyelesaian terbaik.

5.         Menghidupkan semula budaya serta tradisi Pengakap melalui perhubungan

terus secara dua hala di antara pelbagai peringkat Pengakap.

Nama Rasmi

SABAH

SCOUTS UNITED

Pelantar

FRIENDSTER

Alamat URL

http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=950718


Tarikh Penubuhan

15 Oktober, 2007

Moderator

Nourman Rayn

Penolong Pesuruhjaya Negeri (Perhubungan Awam & Multimedia)

Syarat Keahlian

Terbuka kepada semua ahli Pengakap (terutamanya dari Negeri Sabah) yang memiliki Profil peribadi Friendster.

Jumlah Keahlian

704 orang (Setakat 23 Jun 2008)

Peringkat Keahlian Terkini

(Setakat 23 Jun 2008)

Penolong Pesuruhjaya Negeri

Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri

Pesuruhjaya Daerah

Penolong Pesuruhjaya Daerah

Pemimpin

Penolong Pemimpin

Guru Penasihat Pengakap

Pengakap Kelana

Pengakap Muda

Pengakap Remaja

Pengakap Kanak-kanak

Bekas ahli Pengakap

Penyertaan Daerah Terkini

(Setakat 23 Jun 2008)

1.                  Ibupejabat Negeri

Sabah

2.                  

Kota

Kinabalu       

3.                  Penampang

4.                  Sembulan

5.                  Papar

6.                  Inanam

7.                  Usukan

8.                  Kawang

9.                  Beaufort

10.              Membakut

11.              Sipitang

12.              Tenom

13.              Keningau

14.              Tambunan

15.              Sook

16.              Ranau

17.              Telupid

18.              Karamunting

19.              Sibuga

20.             

Sandakan

21.              Kinabatangan

22.              Lahad Datu

23.              Kunak

24.              Semporna

25.              Tawau

26.              Kudat

27.             

Kota

Marudu

28.              Pulau Pinang

29.              Melaka

30.              Johor

31.              WP Labuan

32.             

Indonesia

Mengapa “FRIENDSTER” sebagai pelantar?

1.         Sehingga ke hari ini, terdapat lebih daripada 1,000 orang ahli Pengakap

            Sabah yang memiliki profil peribadi di Friendster. Oleh itu, skop kumpulan

            sasar boleh dikira agak besar terdapat di dalam Friendster.

2.         Trend “Chatroom” dan “Social Networking” seperti Friendster,

            Facebook, Tagged, Hi5 MySpace memang menjadi kegemaran ramai

            pada hari ini tanpa mengira factor usia dan status individu terbabit.

Cabaran / Halangan

1.         Faktor geografi dan jarak menghadkan penglibatan sepenuh masa ahli e-Group secara fizikal.

2.         Polisi Kementerian Pelajaran

Malaysia

yang tidak menggalakkan “Social Networking” menghalang akses ke Friendster melalui komputer di sekolah-sekolah. Oleh yang demikian, ahli terpaksa mencari talian alternatif untuk melayari Friendster.

3.         Kekangan kewangan untuk melibatkan diri terutamanya bagi ahli yang di

peringkat Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja.


Perancangan Jangka Pendek e-Group

Mendaftarkan satu krew kelana terbuka “Sabah Scouts United” sebagai unit sokongan

kepada pentadbiran Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah.

Perancangan Jangka Panjang e-Group

1.         JOTI (Jambori di Internet) melalui medium Friendster

2.         Penubuhan kumpulan Kompang (Hadrah) Ibupejabat Pengakap Negeri

            Sabah

3.         Unit Pancaragam Kehormat Ibupejabat Pengakap Negeri

Sabah

4.         Unit tetap Kawalan Kehormat bagi acara-acara rasmi

5.         Unit Kewartawanan dan Responden Daerah-daerah

6.         Arkib Pengakap

7.         Sekretariat Ibupejabat Pengakap Negeri

Sabah

8.         Kursus Pengurusan, pentadbiran dan kemahiran secara “in-house”

Perancangan Dana e-Group

1.         Perusahaan Menternak Ikan Keli Dalam Kanvas Secara Komersil yang

            akan dimulakan di Ibupejabat seawal 29 Jun 2008.

2.         Operasi Kedai Pengakap yang sedang dalam perancangan.      

3.         Sumbangan dari badan/individu di luar Pengakap.

Logo dan Lencana Khas Sabah Scouts United

Sabah_scouts_united_copy

LOGO

RASMI

Simbolik & Maksud

Bentuk Berlian

Melambangkan E-Group yang bersifat kukuh, progresif dan bernilai tinggi.

Logo Pengakap

Malaysia

di tengah

Melambangkan intipati dan skop e-group ini iaitu Kepengakapan

Bingkai Berwarna Biru Air dan Kelabu Asap

Memberi identiti ‘Friendster’ yang menjadi perantara utama Sabah Scouts United

Warna latar Hijau dan Kuning di dalam Bingkai

Menunjukkan identiti rasmi Ibupejabat Negeri Pengakap Sabah. Ini kerana e-Group ini diseliakan secara terus oleh Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah

Nama E-Group yang berwarna Merah Saga

Menggambarkan sifat keyakinan dan keberanian serta penekanan terhadap kelantangan dan keberanian dalam menyuarakan pandangan serta pendirian kearah yang positif

Perkataan “e-Community” berwarna Biru

Bermaksud perpaduan di dalam satu komuniti “on-line” dari segenap lapisan serta peringkat Kepengakapan tanpa mengira bangsa dan agama

Perkataan “UNITED” di bawah logo Pengakap

Memberi maksud ahli e-Group yang bersatu hati di dalam ikatan Persaudaraan Pengakap

Angka tahun di tengah logo (bersifat boleh-ubah)

Memberi penanda kepada tahun terkini dalam pergerakan e-Group ini

Perkataan “Established 2007”

Memberi identiti korporat terhadap logo dan penanda tahun penubuhan e-Group ini

Cara Pemakaian Lencana

Sabah

Scouts United

Pakai_badge_ssu

Setelah mendapat kelulusan dan dengan kuasa Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah, ahli Sabah Scouts United boleh memakai lencana rasmi e-group ini pada pakaian seragam rasmi Pengakap.

Cara pemakaian adalah pada lengan baju sebelah kiri.

Bagi Pesuruhjaya          -           Di bawah “shoulder flash” (tanda pangkat)

Dan Pemimpin

Pengakap Kelana         -           Di bawah “shoulder flash” KELANA. Dan di bawah

logo Krew Kelana (jika ada)

Pengakap Kanak-kanak           }

Pengakap Muda                       }          Lengan baju sebelah kanan

Pengakap Remaja                     }          (di bawah nombor kumpulan)

Tarikh sah laku lencana ditetapkan selama 2 tahun.

SINGAPORE SCOUTS’ VISIT TO SABAH

June 17th, 2008 by kkscout

Sabah Scouts was honoured to host a visit from 36 fellow scouts of Toa Payoh District, Singapore from 10th to 17th June 2008.

On 11th June 2008, a reception was held in BP House, KK as a welcome gesture from the State Headquarters. The guest of honour was the honourable Datuk Hj. Yusoff DSP Hj. Mohd. Kassim who is the Chairman of the Sabah Scouts’ Council.

On 14th June 2008, another reception was held upon their arrival in Sandakan which took place at Scouts’ Nature Park, Sandakan. The visiting scouts was greeted by the Sandakan Scout Council as well as Sandakan Scouts.

A unique feat during this visit was the badge swapping activity in which both the visitor and the host produced  a commemorative badge of this visit.

Sg_scout_visit_web

For those who wished to get these badges as a souvenir, do not hesitate to contact me.

PANDUAN MENULIS KAJIAN MANIKAYU (TESIS)

January 7th, 2008 by kkscout

Asalamualaikum dan Salam Pengakap

Dalam kesempatan ini, saya ingin membantu sedikit sebanyak dalam memberikan panduan asas format penulisan tesis manikayu. Apa yang bakal diutarakan disini bukanlah cara penulisan yang muktamad (dengan mengambilkira lain individu, lain cara membuat ayat/penerangan/susunatur isi). Tetapi apa yang boleh saya kongsikan ialah cara yang bersesuaian dan bersistem serta boleh meningkatkan lagi imej Kepengakapan itu sendiri. Dalam usaha menaikkan imej kepengakapan itu sendiri, kita haruslah mula membuat kerja-kerja berkaitan dengan cara yang lebih ‘professional’ dan sistematik. Ini secara langsung akan memudahkan para pembaca kajian membuat penilaian terhadap tesis anda (Jangan lupa bahawa tesis anda akan dinilai dan diberi markah – samada lulus ataupun gagal).

Tesis manikayu adalah merupakan ‘kajian’ yang dilakukan oleh seseorang bakal Pemimpin Pengakap terhadap antara lain: skim latihan, dasar serta polisi, sejarah, biografi malah juga perkaitan serta penglibatan Pengakap dengan persekitaran (alam/masyarakat/agensi-agensi dll); baik ianya telah diterbitkan sebelum ini ataupun sesuatu yang baru yang ingin diperkenalkan. Ianya haruslah berbentuk fakta serta lengkap dengan ilustrasi, petikan serta rujukan yang sahih. Ini kerana ada masa-masa tertentu di mana tesis ini juga haruslah boleh digunakan sebagai rujukan terhadap pelaksanaan kelak.

Antara perkara yang perlu diambilkira dalam penulisan sesebuah tesis (kajian) ialah:

1.            FORMAT ASAS

-                     Sebaik-baiknya ditaip menggunakan font ‘Times New Roman’

atau ‘Arial’ dengan saiz 12.

-                     Ditaip langkau 2 baris (Double Spacing) pada document yang

            ditetapkan pada saiz A4

-                     Menggunakan format penulisan sistematik (lengkap dengan hujah,

            rujukan, petikan, ilustrasi, nota – footnote/endnote): Anda bebas

            menggunakan format A.P.A. atau M.L.A. (Penerangan mengenai

            kedua-dua format di atas boleh didapati dengan mudah di internet.)

-            Meletakkan muka surat (page number) pada setiap helaian

2.         MUKA DEPAN (COVER PAGE)

Perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah Muka Depan (cover tesis anda). Ianya haruslah mengandungi:

i.                     Kajian Kursus Manikayu

ii.                   Tajuk Tesis

iii.                  Unit Pengakap terbabit. (PKK, PM, PR atau Kelana)

iv.                 Nama Penulis Tesis

v.                   Sebarang ilustrasi atau hiasan yang diperkirakan sesuai

3.            KANDUNGAN (TABLE OF CONTENTS)

Setiap tesis haruslah mempunyai Sinopsis atau kandungan isi tesis tersebut (sebaik-baiknya disertakan dengan mukasuratnya sekali)

4.            MUKADIMAH

Sedikit kata pembukaan oleh penulis tesis (cadangan:mengapa anda memilih tajuk yang anda tulis serta apa harapan anda dalam penulisan tesis tersebut)

5.            BIODATA LENGKAP PENULIS TESIS

Penulis haruslah menyatakan maklumat peribadi lengakap dengan foto terkini serta maklumat latarbelakang kepengakapan anda.

6.         ISI KAJIAN

Maklumat yang hendak disampaikan di dalam sesebuah tesis haruslah diatur secara tertib dan mudah difahami oleh pembaca. Sebaik-baiknya sokong hujah-hujah anda dengan bukti-serta fakta seperti foto, carta, statistik, petikan (quotations) dan bahan rujukan. Penggunaan footnote atau endnote boleh membantu dari segi kekemasan serta kekuatan/ketepatan penulisan anda.

7.            RUJUKAN (BIBLIOGRAPHY)

Penulis yang baik haruslah mampu menyenaraikan bahan-bahan rujukan yang digunakan bagi menyokong serta menguatkan isi kajian mereka. Senarai rujukan (bibliography) haruslah ditempatkan di penghujung tesis anda.

Semasa saya menulis nota ini, saya belum ada contoh tajuk kajian bagi unit Pengakap Muda dalam bentuk ‘softcopy’, namun saya ingin juga memberi contoh tajuk yang ditetapkan untuk penulisan manikayu seperti yang terkandung dalam UNIT PENGAKAP KELANA

CONTOH TAJUK KAJIAN UNIT PENGAKAP KELANA

1.      Sejarah Pengakap Kelana di Daerah/Negeri/Malaysia

2.      Perkhemahan Pengakap Kelana untuk tiga hari

3.      Perlembagaan Malaysia

4.      Sejarah dan Pengertian Bendera Malaysia dan Negeri

5.      Pilih salah satu Agensi-Agensi Kerajaan yang ada di Malaysia:-

5.1             Imigresen

5.2             Penerangan

5.3             Penjara

5.4             Jabatan Kerjaraya

5.5             Pertanian

5.6             Jabatan Buruh

5.7             Perbendaharaan

5.8             Cukai Pendapatan

5.9             Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia

6.      Sistem Kehakiman di Malaysia

6.1             Mahkamah Agong

6.2             Mahkamah Tinggi

6.3             Mahkamah Tengah

6.4             Mahkamah Rendah

6.5             Mahkamah Syariah

6.6             Mahkamah Tentera

7.      Parlimen Malaysia

8.      Jabatan Perpaduan Negara

9.      Rancangan Malaysia Yang Ke-Tujuh

10.      Dasar Ekonomi Baru

11.      Dasar Pelajaran Kebangsaan

12.      Dasar Belia Negara

13.      Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

14.      Pilih salah satu bidang kerjasama antarabangsa:-

14.1            WHO

14.2            UNESCO

14.3            ILO

14.4            ASEAN

14.5            WORLD BANK/BANK PEMBANGUNAN ASIA

14.6            OPEC

14.7            SUKAN/OLYMPIC

14.8            PERTUBUHAN ANTI DADAH SEDUNIA

15.      Kerakyatan Malaysia

16.      Kementerian Dalam Negeri

17.      Persaudaraan Pengakap Sedunia

18.      Jabatan Kehutanan Malaysia

19.      Alat-alat Muzik tradisi Malaysia

20.      Seni bina Malaysia

21.      Tarian-tarian Tradisi Malaysia

22.      Seni lakon – Bangsawan/Makyong/Menora/Wayang Kulit

23.      Sejarah Kesusasteraan Melayu Kuno

24.      Sejarah Kesusasteraan Moden

25.      Salah Seorang ahli Falsafah Dunia

26.      Sejarah Persuratan Akhbar Malaysia

27.      Agama Rasmi Malaysia

28.      Salah Seorang Tokoh Agama Dunia

29.      Penyalahgunaan dadah

30.      Rancangan Lima Tahun Pengakap Kelana

31.      Tanggungjawab Pengakap Kelana Terhadap Masyarakat

32.      Sahsiah Seorang Pengakap Kelana yang baik

33.      Peranan Seorang Pengakap Kelana terhadap Kumpulan Pengakap:-

33.1            Pengakap Kanak-Kanak

33.2            Pengakap Muda

33.3            Pengakap Remaja

34.            Penglibatan Pengakap Kelana terhadap Pembangunan Masyarakat

Berdasarkan tajuk-tajuk di atas, saya harap anda akan dapat sedikit sebanyak mengaitkan isu yang setara untuk unit Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda serta Pengakap Remaja.

Sekiranya masih terdapat sebarang kemusykilan, anda bolehlah menghubungi saya di talian 088-219559 ataupun 012-8325546.

Selamat Menulis.

NOURMAN RAYN

Setiausaha

Pasukan Latihan Negeri Sabah

7 Januari 2008 / 9.00 p.m.

HAI..EPOLET MERAH, VIGIL & AHLI BERSEKUTU

December 23rd, 2007 by kkscout

Pengakap Sabah sedang dalam proses memperbaiki dan memulihkan semula sistem pentadbirannya. Oleh yang demikian, terdapat beberapa perkara/kebiasaan di daerah selama ini yang perlu dirombak semula kembali ke asalnya.

1. UJIAN MENGENAL DIRI PENGAKAP KELANA (Vigil)

Sepanjang tahun ini, saya berkesempatan melawat ke beberapa acara yang diadakan di daerah-daerah dan bahagian seluruh Sabah. Apa yang saya perhatikan ialah terlalu ramai Pengakap Kelana yang mengenakan epolet merah walhal berita hidup matinya kumpulan mereka tidak pernah pun sampai ke negeri. Yang menjadi persoalan di kepala saya ialah, bagaimana mereka melalui ujian serta istiadat yang membolehkan mereka memakai epolet kelana? Ataupun main pakai ikut suka saja. Memang menjadi hasrat negeri untuk menghidupkan semula Unit Pengakap Kelana di seluruh negeri, tetapi bukan atas dasar mengorbankan kualiti serta kelayakan demi untuk mencapai kuantiti. Ianya bermula dengan siapa yang menjalankan vigil di peringkat kumpulan. Kelana adalah merupakan golongan istimewa dalam hierarki Pengakap kerana sifat semulajadi unitnya yang ‘versatile’. Ada aktiviti, latihan kemahiran dalam hidup, seni bermasyarakat dan juga latihan kepimpinan. Oleh itu, susunan salasilah amatlah dititikberatkan dalam Pengakap Kelana bagi mengelakkan ‘ajaran sesat’ yang kian menular di kalangan Kelana sekarang. Salasilah yang dimaksudkan ialah siapa yang menjalankan vigil, invest (tabal) serta siapa pula yang terlebih dahulu menabal golongan penabal baru ini. Unit Kelana adalah terletak di bawah pengawasan terus (direct) oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri kita sejak sekian lama. Beliau hingga ke hari ini masih boleh mengingati nama-nama setiap pemimpin Kelana yang pernah menabalkan Kelana baru (dulu beliau merupakan Setiausaha Pengakap Negeri utk jangkamasa yang lama dan semua fail-fail berkaitan kebanyakannya ditulis oleh beliau sendiri). Jangan nanti sampai terjadi beliau bertanya kepada Kelana sekarang "Siapa menabal kamu? Siapa pula yang menabal penabal kamu itu?" Kalau tidak terjawab, bukankah anda akan malu sendiri seperti yang terjadi di peringkat negeri 2-3 bulan lepas. Jadi, untuk menyeragamkan semula kaedah serta cara menjalankan vigil, Mesyuarat Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri dan Pasukan Latihan Negeri telah menerima arahan Ketua Pesuruhjaya Negeri berkaitan siapa yang boleh menjalankan vigil. Kemudian, ‘waris’ daripada mereka ini barulah boleh memulakan salasilah menurunkan pula kepada ahli Kelana baru apabila mereka telah layak kelak. Buat masa ini, di Sabah, hanya Pemimpin berikut yang layak menjalankan vigil dan diiktiraf oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri selain daripada dirinya sendiri.

i) Encik Philip Chin Saw Voon

ii) Encik Mohammad bin Majid

iii)Encik Mohd. Isa Satok

iv) Encik Asim bin Hj. Ag. Yusop

v) Encik Ahmed Tariq Aripen

Kumpulan yang berhasrat untuk menjalankan vigil atau pertabalan Kelana haruslah membuat pemberitahuan kepada pihak negeri agar ada rekod yang boleh kami simpan. Pertabalan boleh dilakukan oleh Pesuruhjaya Daerah HANYA setelah mendapat kuasa daripada Ketua Pesuruhjaya Negeri. Jangan berpandukan kepada buku skim semata-mata kerana kita Pengakap di Sabah mempunyai autonomi dan kuasa tertentu yang dipegang oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri berbeza dengan negeri yang lain.

2. KEAHLIAN AHLI BERSEKUTU PPM

Memang diakui pendaftaran Ahli Bersekutu di peringkat kebangsaan akan memudahkan ahli Pengakap kerana keahlian yang hanya perlu diperbaharui setiap 10 tahun dgn bayaran RM 150.00. Tetapi, berbalik pada soal autonomi Pengakap Sabah di atas, setiap ahli Pengakap haruslah mengajukan permohonan mereka terlebih dahulu kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri. (sebaik-baiknya beliau menjadi pencadang kepada pemohon). Ini kerana terdapat segelintir Pemimpin dan ahli Pengakap yang mendaftar secara terus ke PPM dan ini secara langsung menampakkan rasa tidak hormat kepada kepimpinan negeri. Bukan budaya sebegini yang ingin kita pupuk dalam Pengakap. Dalam mesyuarat Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri awal tahun ini dan dalam Persidangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya pada bulan Ogos lalu, Datuk Ketua Pesuruhjaya Negeri telah menegur sikap sebegini dan manamakannya sebagai tindakan ‘kurang sihat’. Jadi, sekiranya kepimpinan negeri sudah tidak lagi dipandang, lebih baik buang lencana ‘Sabah’ pada pakaian seragam dan tubuhkan sebuah negeri baru. Bukannya apa, sekiranya pendaftaran ke PPM tidak diketahui oleh negeri, apabila banci dikeluarkan serta penyertaan untuk sesebuah program ditapis berdasarkan rekod pendaftaran, ahli-ahli yang tersebut di atas meluahkan pulan rasa tidak puas hati kepada negeri kerana nama mereka tidak disenaraikan sebagai ahli berdaftar. Perkara ini telah berlaku di masa lepas dan saya sendiri menjadi saksi serta mangsa luahan tersebut. Jadi, sudah tiba masanya untuk timbang-tara.

PRIORITY & SACRIFICE

December 21st, 2007 by kkscout

Ini lagi satu masalah dalam Pengakap di Sabah ni…kebanyakan ahli Pengakap seakan tidak tahu membezakan antara perkara yang Mustahak, Penting, Kurang Penting dan Tidak Perlu.

Apa tujuan kita berpengakap? Memang sudah digariskan bahawa Berpengakap adalah FUN..WITH A PURPOSE..Bukan sekadar enjoy dan bersukaria kosong semata-mata.

Ada yang mendakwa berjiwa Pengakap (unit terserah laa..mana-mana unit) tetapi benarkah mereka menghayati cara hidup Pengakap sebenar? Ada yang menamakan diri mereka sempena pangkal nama Pengasas Pengakap (maaf jika ada yang tersinggung, tapi perkara ini perlu dijelaskan, jangan nanti Pengakap bakal menampakkan kejahilan dan kurang ilmu mereka)..tetapi tahukah mereka ini apa kepentingan dan maksud hatta nama penuh pengasas kita sendiri ataupun cara menyebutnya? Jangan main ambil tangkap muat sahaja untuk menunjukkan yang kita bersemangat serta menyokong sesuatu atau seseorang. Perhati dan selidikilah terlebih dahulu boleh atau tidaknya kita menggunakan sesuatu itu tanpa menyinggung mana-mana pihak. Manalah tahu ada sesetengah perkataan hanya khusus untuk golongan tertentu yang mana sekiranya digunakan oleh orang lain, akan menyinggung mereka ini. Kalau diturutkan hati, saya pun mahu sedemikian kerana saya sendiri sudah berpengakap sebelum saya bersekolah lagi, kemudian menjadi Pengakap Kanak-kanak di St. Agnes, Pengakap Muda dan Remaja di SBPS (sekarang SMESH), Pengakap Kelana di KLKM dan Ibupejabat Sabah, Penolong Pemimpin dan Pemimpin di SBPS, Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri hinggalah sekarang Penolong Pesuruhjaya Negeri. "I’ve tasted joy and tears in all levels of Scouting..and I am still around.." Jadi saya rasa semangat berpengakap yang saya ada tidak jauh kurang daripada mereka yang saya sebutkan di atas.

Saya agak terkilan dan merasa jauh hati di atas sikap sesetengah ahli Pengakap yang pada pandangan saya tertutup minda kepengakapannya dan tidak tahu menentukan ‘priority’ mengikut tahap Pengakapan mereka. Bukannya apa, saya berhempas pulas selama setahun merangka dan menyediakan program serta mencipta peluang untuk para pemimpin memajukan diri serta mendapat pengiktirafan, tetapi kesempatan ini telah disia-siakan oleh segelintir pemimpin muda yang saya harap dapat memanfaatkannya. Soalan yang ingin saya utarakan ialah, mana yang lebih penting? Aktiviti yang boleh dianjurkan pada bila-bila masa oleh sesiapa saja, ataupun peluang mendapat pengiktirafan yang hanya boleh dianjur oleh peringkat yang tertinggi dalam negeri dan mungkin bagi kali yang terakhir? Saya tahu tidak salah bagi pemimpin memilih jalan sendiri tetapi apabila sudah mula memperkatakan (walaupun secara bergurau) tentang kebaikan yang itu berbanding ini; rugi tidak ikut itu dan ini; ianya bagaikan satu tamparan bisa tepat ke muka orang yang benar-benar ingin membantu. Seakan keikhlasan untuk membantu diremehkan dan ada perkara yang didakwa lebih baik daripada itu.

Cuba kita renungkan senario berikut : (penglibatan unit Pengakap)

PENGAKAP KANAK-KANAK - 60% Bersukaria, 40 % mengalihkan tenaga berlebihan ke arah sesuatu yang positif.

PENGAKAP MUDA - 50% Bersukaria, 50 % latihan kemahiran asas dalam Pengakap dan kehidupan.

PENGAKAP REMAJA - 40% Bersukaria, 40 % Latihan dan amali kemahiran lanjutan dalam Pengakap, 20 % Penglibatan dalam masyarakat.

PENGAKAP KELANA - 20% Bersukaria, 20 % latihan kemahiran tertinggi dalam Pengakap dan kehidupan, 30 % Menyumbang kepada pergerakan Pengakap dan masyarakat, 30 % latihan asas kepimpinan dalam Pengakap.

PEMIMPIN - 10 % Masa sukaria berkala, 50 % Sokongan kepada unit Pengakap, 40 % latihan lanjutan dalam kepemimpinan Pengakap.

PESURUHJAYA - 10 % Masa sukaria berkala, 10 % sokongan kepada Pemimpin, 25 % Latihan peringkat tertinggi dalam kepemimpinan Pengakap, 25 % latihan kepakaran, 30 % pengurusan dan pentadbiran.

Jadi, sekiranya anda faham maksud pembahagian di atas…secara sendirinya anda akan dapat menghuraikan apa sebenarnya tujuan dan untuk siapa anda Berpengakap.

Di peringkat awal, memang kita Berpengakap untuk diri kita sendiri…tetapi apabila anda sudah mencapai peringkat Kelana, anda sudah menjadi tulang belakang kepada kepemimpinan dan Berpengakap untuk diri sendiri sudah menjadi perkara kedua dalam susunan keutamaan (priority list). Perkara yang utama ialah Berpengakap untuk ahli Pengakap terutamanya unit yang letaknya di bawah daripada unit anda. Apatah lagi sekiranya anda sudah memegang jawatan.

Memang diakui seseorang menyertai Berpengakap atas dasar minat dan sekiranya aktiviti yang ditawarkan sudah kurang menarik minat anda dan oleh itu, tujuan anda menyertai pergerakan ini sudah mulai kabur kedudukannya. Jadi anda berhak untuk memilih aktiviti yang memenuhi citarasa anda. Tetapi pernahkah anda terfikir dilema serta cabaran yang dihadapi oleh golongan yang menganjur dan memimpin? Adakah anda bebas daripada tuntutan memenuhi tanggungjawab untuk melapisi serta menggantikan barisan kepimpinan yang sedia ada? Adakah anda ingin menjadikan kami golongan Pesuruhjaya ini sebagai penganjur hingga ke usia tua tanpa ada pengganti? Itulah hakikat pahit yang terjadi dalam pergerakan kita pada hari ini. Pemimpin tertinggi enggan mengiktiraf Pemimpin yang muda untuk menggantikan tempat mereka. Manakala Pemimpin yang muda lebih gemar pada aktiviti bersuka-sukaan tanpa memikirkan kepentingan untuk memajukan diri, kemahiran serta pengiktirafan mereka sendiri.

Perkara utama yang dilatih dalam Kepimpinan Pengakap ialah

1) Menetukan susunan keutamaan (priority listing)

2) Pengorbanan (Sacrifice)

Apa yang dikorbankan? Masa, wang ringgit dan tenaga. Itu memang diketahui umum. Tetapi yang kadangkala dilupakan oleh Kelana dan Pemimpin ialah masa beraktiviti dan bersukaria. Untuk menjadi Kelana bukan semudah menganjur atau mengikuti sesuatu program yang menarik minat anda. Kelana yang masih mengutamakan aktiviti dan membelakangkan latihan kepimpinan bagi saya kurang memahami susunatur kepentingan dalam Kepengakapan mereka. Malah saya berani menyatakan bahawa mereka yang bersikap sedemikian telah gagal Ujian Mengenal Diri (Vigil) ataupun langsung belum mendudukinya. Sebabnya, sekiranya anda telah menghayati Ujian Mengenal Diri dengan sebenar-benarnya, anda pasti tahu serta memperakui tanggungjawab anda kepada Pergerakan Pengakap dan apa yang diharapkan daripada anda oleh Kumpulan, Daerah dan Negeri. Jadi, jangan sewenang-wenangnya mengaku anda berjiwa Kelana sekiranya intipati Kelana itu sendiri belum anda fahami dengan sebenar-benarnya. Sifat mementingkan diri sendiri itu masih menebal dalam jiwa anda. Belum layak untuk diiktiraf sebagai seorang Pengakap Kelana.

Kursus Manikayu IV A baru-baru ini benar-benar telah membuka mata saya terhadap kualiti dan komitmen Kelana dan Pemimpin yang ada sekarang. Sekiranya faktor kewangan menjadi permasalahan utama, penyelesaiannya sentiasa ada. Anda boleh tanya rakan-rakan anda yang telah menyertai kursus tersebut yang menghadapi masalah sama, apa tindakan mereka? Apa kelonggaran yang telah diberikan kepada mereka sehingga mereka mampu untuk menyertai kursus tersebut? Saya telah mempertaruhkan nama baik, kesihatan, sumber malah kedudukan saya DEMI memastikan seramai mungkin Kelana dan Pemimpin dapat menyertai kursus ini bagi mengisi kekosongan barisan pelapis kepimpinan Pengakap Negeri. Ini kerana tidak ramai Pemimpin tertinggi yang ingin turun padang untuk melatih barisan Pemimpin muda sebagai pelapis kerana takut akan pencapaian Pemimpin bawahan yang bakal lebih tinggi daripada mereka sendiri.

Jadi, kepada anda yang telah mensia-siakan peluang yang telah dibuka depan mata anda (untuk makluman, kami dahulu tidak pernah mendapat peluang memajukan diri seperti zaman anda sekarang), bantulah saya menghuraikan dilema yang menimpa saya sekarang ini. Apakah tindakan yang harus saya ambil? Ini kerana sekiranya saya menurutkan rasa amarah serta logik saya, peluang anda untuk memajukan diri serta mendapatkan pengiktirafan kepimpinan anda pada masa hadapan amatlah tipis. Tetapi di sebalik itu, jiwa Pengakap saya menghalang saya daripada berbuat demikian kerana saya perlu mendapatkan penjelasan daripada anda sendiri. Saya tidak wajar menilai anda berdasarkan pandangan saya sendiri.

SUBORDINATION vs INSUBORDINATION

December 2nd, 2007 by kkscout

Perkara ini memang sudah terjadi dalam Pergerakan Pengakap di Sabah…tetapi semenjak akhir-akhir ini..ianya telah semakin berlarutan dan menimbulkan komplikasi di antara Ibupejabat, Pemimpin di Daerah-daerah dan juga ahli Pengakap di bawah Pemimpin itu sendiri. Satu perkara yang harus diambil tahu oleh SETIAP Pengakap ialah PIHAK IBUPEJABAT NEGERI merupakan satu entiti dalam Pengakap Sabah yang berperanan mentadbir kemajuan dan pengurusan Pengakap di seluruh Negeri Sabah. Bukannya kecil skop tugas kami. Seramai lebih 50,000 orang ahli di sebanyak 700 kumpulan Pengakap seluruh negeri yang terpaksa kami puaskan hati mereka.. Perihal aktiviti, program, perkhemahan dsb…semuanya adalah terletak pada inisiatif dan kuasa Daerah untuk menganjurkannya. Buat apa kami lantik Pesuruhjaya Daerah dan mengeluarkan tauliah kepada Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin sekiranya kami di Negeri pulak yang terpaksa menganjurkan aktiviti untuk Pengakap. Tetapi apa yang terjadi di kebelakangan ini, ramai di antara Pemimpin yang telah kami berikan kepercayaan dan kami lantik telah seakan mengabaikan tanggungjawab mereka dan kurang melaksanakan program-program yang sepatutnya dijalankan. Dalam usaha untuk mempromosikan Pengakap, banyak maklumat telah disalurkan yang telah sampai kepada ahli Pengakap di peringkat akar umbi. Untuk apa Pengakap Sabah mengeluarkan belanja yang besar untuk siaraya program itu dan ini sekiranya apabila maklumat itu diterima, hasrat para Pengakap yang ingin menyertai program yang diwar-warkan tidak kesampaian kerana tiada penganjuran atau pengurusan di peringkat daerah mereka. Harus diingat oleh setiap Pengakap, pihak Ibupejabat Negeri sepatutnya tidak dibebankan dengan terpaksa menganjurkan program-program ‘picisan’ hanya kerana untuk memenuhi hasrat segelintir Pengakap yang bersikap positif dan aktif yang dahagakan program tetapi gagal untuk mendapatkannya penganjuran daripada Daerah. Ini kerana, Ibupejabat Negeri : 1. Tidak mempunyai sebarang kumpulan ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja dan Kelana di bawahnya, berlainan dengan Daerah. 2. Tenaga kerja di Ibupejabat Negeri adalah terhad..untuk pengurusan dan pentadbiran, boleh dikatakan hanya ada 1 orang sahaja. Bila diminta pertolongan pegawai yang lain, keadaan dan beban kerja yang sepatutnya semakin ringan menjadi semakin kusut dan berterabur kerana tiada konsistensi dalam komitmen kerja mereka. Oleh yang demikian, sejak 2-3 tahun yang lepas, Ibupejabat Negeri telah menganjurkan banyak program dan aktiviti peringkat daerah untuk menampung kekosongan yang ditinggalkan di peringkat daerah sendiri. Apabila sesuatu program dianjur oleh satu badan yang kurang tenaga kerjanya, maka program akan menjadi tidak teratur dan serba tidak sempurna. Ini mendorong kepada kecaman dan kritikan tidak membina yang tetap diterima oleh pihak Ibupejabat Negeri. Sehubungan itu, para Pemimpin harus menyedari kuasa prerogatif yang ada di negeri untuk, 1. Mendapatkan khidmat ahli Pengakap dari daerah secara terus untuk membantu menjayakan program Negeri. Berdasarkan hakikat bahawa Negeri tidak memiliki ahli Pengakap yang ditadbir terus di bawahnya. 2. Menolak bantahan SECARA LISAN dan BERTULIS daripada Daerah sekiranya tidak bersetuju ahli Pengakap mereka dikerah oleh negeri (walaupun pada hakikatnya tindakan sebegini oleh Daerah ini adalah tidak berapa wajar kerana kebanyakan ahli Pengakap yang dikerah untuk berkhidmat kepada negeri telah menawarkan khidmat mereka terlebih dahulu sebelum dikerah). 3. Bersikap adil kepada semua ahli Pengakap di setiap Daerah. (PEMIMPIN YANG TELAH DILANTIK UNTUK MENGANGGOTAI JAWATANKUASA DI PERINGKAT NEGERI harus lebih meluaskan skop bidang kuasa dan pemahaman mereka.) Mereka harus memberi layanan dan khidmat ADIL DAN SAKSAMA kepada semua Daerah tanpa mengira samada itu daerah mereka ataupun tidak. Jangan seperti segelintir Pemimpin yang hanya memberatkan kepada ahli-ahli Pengakap daripada Daerah mereka sahaja. Ada juga Pemimpin yang melarang ahli mereka daripada membantu di peringkat negeri. (Rasional atas tindakan ini sampai sekarang masih kabur lagi) Untuk perkara (3) di atas, ada yang mengatakan Pemimpin bertindak demikian atas dasar ahli Pengakap harus melalui Pemimpin di Daerah mereka sebelum ‘melangkau’ ke Negeri. Ini pada dasarnya memang benar tetapi kebanyakan Pemimpin yang terlibat dalam hal seperti ini adalah juga merupakan Pemimpin yang telah dilantik dan sering terlibat membantu program di peringkat negeri. Jadi mereka sepatutnya lebih arif mengenai masalah kekurangan tenaga kerja di peringkat Ibupejabat. Mereka ditarik ke Ibupejabat tetapi masih menghadkan skop pandangan dan pemikiran mereka setakat di daerah sahaja. Sudah tentu ini akan menyukarkan Negeri menjayakan program-program yang pada dasarnya adalah untuk dan sepatutnya dianjur oleh daerah sendiri. Pemimpin-pemimpin ini ingin melatih kepatuhan (subordinance) di kalangan ahli bawahannya..tetapi bagaimana pula dengan kepatuhannya terhadap pemimpin atasannya? Menghalang kejayaan program negeri walau atas sebab apa pun merupakan salah satu conton sikap tidak hormat dan patuh di kalangan Pemimpin daerah. Ini boleh kita kategorikan sebagai KHIANAT (TREASON)..di banyak negara lain..sehingga ke hari ini..kesalahan Khianat ataupun Treason boleh dijatuhkan HUKUMAN MATI. Mujurlah kita masih dalam sebuah pergerakan yang berteraskan prinsip toleransi dan persaudaraan. Kepada para Pemimpin di daerah, jangan menjadikan persaingan pencapaian sesama daerah sebagai penyebab kegagalan program negeri ataupun daerah yang lain. Bukan ini yang ingin kita lahirkan dalam Pengakap. Seboleh-bolehnya kita inginkan penyertaan ‘bercampur’ sesama daerah bagi membolehkan pertukaran idea dan perkongsian kejayaan dalam pencapaian. PRINSIP PENGAKAP BUKANLAH UNTUK MELAHIRKAN SESEBUAH DAERAH YANG CEMERLANG DARI SEGI PENCAPAIAN LENCANA DAN ANUGERAH TETAPI PADA MASA YANG SAMA, AHLI PENGAKAP YANG DILAHIRKAN BERSIKAP TINGGI DIRI DAN TIDAK MENGETAHUI PERKEMBANGAN DI DAERAH LAIN LALU MENJADI KERA SUMBANG DALAM PERSAUDARAAN PENGAKAP DI SABAH..seperti yang sudah ada kita lihat. biasala..inikan "kepimpinan melalui tauladan"..

SCOUT PERLU ADA ‘COMMON-SENSE’

November 27th, 2007 by kkscout

Mukadimah: PELAYAN ROHAYU YANG POYO..

Satu hari, saya bersama beberapa orang Pemimpin Pengakap lepak dan minum di Rohayu (mana Pengakap sekitar KK yg ndak kenal kan..). Bila pelayan dipanggil untuk kami membuat pesanan, saya bertanya, “..Ada sebarang jenis teh dalam tin?”. Tanpa syak dan ragu lagi pelayan tersebut menjawab, “Tiada bos, 100 plus jak.” Saya yang tidak puas hati lalu pergi sendiri melihat ke peti sejuk restoran, dan saya dapati bukan 1 malah ada 4 jenama teh bertin yang ada tersusun dalam tu. Ada Lipton, Roiboos dan Green Tea.

Di hari yang lain, sekali lagi saya bertanya soalan yang sama, dan cara serta jawapan yang sama saya terima. Saya yang terlebih awal melihat dahulu peti sejuk mereka jadi panas hati kerana pelayan tersebut merupakan orang yang sama..masih tiada perubahan dalam inisiatif bekerja. Ini mengingatkan saya pada satu cerita yang pernah saya baca…

Pada suatu hari di zaman dahulukala, Raja Siam sedang berperahu mudik ke hulu sungai dalam melawat negerinya. Dalam perahu tersebut selain daripada raja, terdapat Perdana Menteri dan 4 orang Pengawal yang sekaligus merangkap tukang dayung perahu. Di pertengahan perjalan mereka, pengawal terlihat raja dan perdana menteri sedang tidur, lalu berkata kepada temannya, “..tengoklah mereka tu, ndak adil pasal dorang sedap-sedap tidur manakala kita berpanas mendayung.” Raja yang tidur-tidur ayam terdengar perbualan mereka dan hanya berdiam diri sambil tersenyum.

Tidak lama kemudian, dari tebing sungai terdengar suara-suara rengekan kecil. Raja berkata, “Pengawal, berhenti sekejap, beta mahu kamu beritahu beta suara apakah itu.” Pengawal-pengawal pun melabuhkan perahu ke tepian sungai lalu berdiri termangu-mangu. Kata Raja, “Kalau beta kata beta mahu tahu, kamu kenalah pergi melihat ke arah bunyi tersebut, baru kamu boleh menerangkan kepada beta apakah ia.” Pengawal yang bercakap tadi pun pergilah melihat, lalu kembali, “suara anak-anak anjing Tuanku.” Raja kemudian bertanya, “Berapa ekor semuanya?” Sambil menggaru kepala, pengawal itu pergi semula ke tempat anak-anak anjing tersebut untuk melihat. Apabila kembali ke perahu dia berkata, “Ada empat ekor semuanya Tuanku.” Raja bertanya lagi, “Apa warnanya?” Sekali lagi pengawal tersebut terpaksa pergi melihat dan memberitahu Raja jawapannya.

Kemudian Raja mengejutkan Perdana Menteri yang sedang tidur lalu mengarahkannya melihat bunyi apakah itu. Perdana Menteri pun pergi dan apabila kembali dia berkata, “Ada 4 ekor anak anjing yang sedang menangis kelaparan tuanku, dua jantan dua betina dan semuanya berwarna perang.” Raja lalu berpaling pada pengawal tadi lalu berkata, “Kamu dengarkan..dalam sekali pergi saja Perdana Menteri mendapatkan maklumat yang serba lengkap berbanding kamu yang terpaksa berulang-alik tiga kali. Itu sebabnya dia merupakan Perdana Menteri manakala kamu hanya pengawal sahaja. Tugasnya untuk berfikir dan tugas kamu untuk bekerja.”…

Kenapa saya teringat cerita ini? Ini kerana sebelum itu, ada seorang pelanggan di sebelah meja berkata pada saya yang sedang panas hati, “Kalau dia bijak, tidaklah dia jadi sekadar pelayan yang poyo.” Saya terdiam sejenak. Di sebalik kenyataan kejam yang diluahkan itu, terdapat juga kebenarannya. Lalu saya teringat lagi senario yang sama di kalangan budak-budak Pengakap yang pernah ke Rumah BP. Ada juga yang berkelakuan seperti pelayan tadi.

1. Ramai yang berdiri termangu saja di hadapan Pemimpin yang sedang bekerja seorang diri. Tiada pun inisiatif untuk membantu Pemimpin tersebut kalau tidak diarahkan.
2. Apabila ditanya (terutamanya apabila ditanya mengenai benda seperti “cuba kamu tolong tengok adakah cangkul di kawasan asrama BP tu?”) mereka pergi dan selalunya kembali dengan mengatakan ‘Tiada skip’..walhal mereka tidak pun mencari bersungguh-sungguh..hanya sekadar agar dilihat oleh Pemimpin yang mereka pergi ke tempat yang telah diarahkan, soal mencari tu tidak penting bagi mereka.

Adakah Pengakap kita terlalu tolol dan dungu seperti kisah pengawal tersebut? Saya langsung tidak rasa begitu kerana rata-rata Pengakap yang saya sebutkan berperangai seperti di atas mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.

Apa yang boleh kita ambil iktibar dari sini ialah 3 perkara asas dalam kehidupan:

1. Jangan MALAS menggunakan otak. Kemalasan berfikir dan berinisiatif itulah yang menyebabkan Pengakap kita hari ini nampak seakan ‘tidak menghormati Pemimpin yang lebih tua’ serta jadi seperti ‘pahat’ yang hanya boleh berfungsi apabila ditukul.
2. Latih penggunaan ‘COMMON-SENSE’..serta keupayaan menentukan apa yang betul, apa yang salah, apa yang patut, apa yang kurang sesuai. Secara langsung, penggunaan common-sense di tahap yang optimum akan membolehkan kita berupaya menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan dan dengan sesiapa pun.
3. Cakap hanya benda atau perkara yang diketahui. Perbincangan tidak salah dalam Pengakap dan kehidupan. Tapi, sebelum kita mengeluarkan kenyataan yang berupa ‘hukuman’ atau penilaian, kita harus terlebih dahulu mengetahui dengan mendalam perkara yang hendak kita cakapkan atau luahkan. JANGAN BERCAKAP TANPA ILMU kerana sepandai-pandai kita, sentiasa ada orang yang lebih pandai dan tahu. Jangan menampakkan kebodohan kita dengan berkata atau menerangkan sesuatu yang kita tidak tahu hujung pangkalnya (seperti … hanya melalui apa yang kita dengar dari orang lain). Sindrom ini banyak terjadi di kalangan Pengakap dan Pemimpin kita kebelakangan ini.

Kalau ketiga-tiga perkara ini kita amalkan, nescaya kita akan dapat mengatasi sedikit demi sedikit masalah disiplin yang terjadi di kalangan ahli Pengakap kita. (Ketiga-tiga perkara ini masih relevan hingga ke hari ini, bukan saja dalam Pengakapan malah dalam kehidupan seharian kita).

Asal Usul Woggle Gilwell

November 25th, 2007 by kkscout

Wogel pada mulanya dihasilkan oleh Bill Shankley pada tahun 1920, salah seorang pegawai di Gilwell Park. Beliau menghasilkan wogel corak Simpul Serban (Turk’s Head) yang berlilitan dua. Pada tahun 1943, John Thurman, Ketua Perkhemahan Gilwell Park berhasrat untuk mewujudkan suatu bentuk pengiktirafan bagi pemimpin yang telah menamatkan kursus latihan di setiap peringkat. Pada Tahun 1943 hingga 1989, wogel Gilwel dianugerahkan kepada pemimpin yang menamatkan kursus asas di Gilwell Park. Di Malaysia, setiap Pemimpin Pengakap yang telah selesai menjalani Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 2 adalah layak untuk memakai Wogel Gilwell.

MALAM PENGAKAP

November 25th, 2007 by kkscout

MALAM PENGAKAP

1.                  Pendahuluan

APAKAH DIA ‘MALAM PENGAKAP’ atau ‘MALAM KEBUDAYAAN PENGAKAP’.  Malam Pengakap adalah nama bagi satu temasya yang dipersembahkan oleh kumpulan pengakap untuk bersukaria sebagai menghilangkan kebosanan dan melupakan segala kerja yang telah dibuat semasa berkhemah dll.  Malam Pengakap mungkin ada perhubungan dengan seni budaya Pengakap atau Kebudayaan Pengakap itu sendiri, sebagaimana yang dialami.  Aturcara yang dipersembahkan dalam Malam Pengakap itu adalah datangnya dari pengakap itu sendiri seperti seni tari, seni lakon, nyanyian dll.  Semua itu bercorakkan  seni budaya pengakap.  Untuk perhatian bahawa setiap persembahan yang dibuat oleh pengakap tidaklah seperti persembahan yang diadakan di atas pentas.  Persembahan Malam Pengakap itu hanyalah apa yang terdaya oleh setiap kumpulan pengakap itu sendiri.

2.                  ‘Campfire’

Untuk makluman, Malam Pengakap berbeza sedikit corak dan aturcaranya dalam temasya ‘Campfire’.

a.                   ‘Campfire’ menggunakan unggun api (iaitu unggun api yang dikelilingi oleh pengakap-pengakap yang mengambil bahagian)

b.                  Malam Pengakap tidak menggunakan unggun api hanya menggunakan obor yang dinyalakan di sekeliling kawasan Malam Pengakap

‘Campfire’ (Unggun Api) biasanya digunakan dalam temasya perkhemahan di hutan, di tepi pantai dan sebagainya.  Faedahnya untuk menerangi suasana perkhemahan dan menjauhkan nyamuk serta binatang buas.  Persembahannya mungkin ada persamaan dengan Malam Pengakap.

3.                  Persembahan Malam Pengakap atau Malam Kebudayaan Pengakap

.

a.                   Mempunyai susunan aturcara

b.                  Mengadakan latihan dan menguji bakat

c.                   Seni tari, seni lakon dan menyanyi dikaitkan dalam kebudayaan

d.                  Penapisan (pilihan) untuk aturcara persembahan

Diingatkan bahawa disiplin diutamakan dalam temasya Malam Pengakap.

4.                  Tujuan mengadakan Malam Pengakap

a.                   Untuk menghilangkanrasa bosan dan melupakan segala kerja di siang hari dalam perkhemahan

b.                  Melatih diri berdisiplin, terutama mematuhi arahan dan perintah ketua-ketua dengan taat setia

c.                   Mencungkil bakat seseorang pengakap

d.                  Melatih bekerjasama dan tolong menolong

e.                   Menghormati orang lain (baik pada kawan atau orang tua)

f.                   Melatih supaya menjauhi perasaan malu dan percaya pada diri sendiri

g.                  Malam Pengakap bukan untuk bermegah-megah, hanya untuk diri sendiri

h.                  Yang penting ialah mematuhi undang-undang pengakap dalam semua perkara

5.                  Mengapa diadakan Malam Pengakap

Sudah menjadi satu tradisi kegiatan dalam kumpulan pengakap :-

a.                   Menyambut sesuatu temasya yang ada hubungan dengan pengakap

b.                  Meraikan tetamu atau pelawat dalam satu perjumpaan pengakap

c.                   Jenis Malam Pengakap diadakan :-

i.                 Malam Pengakap (Malam Kebudayaan Pengakap)

Kumpulan

ii.               Malam Pengakap Daerah

iii.             Malam Pengakap Gabungan

iv.             Malam Pengakap Negeri

v.               Malam Pengakap di Jambori Pengakap

5.1              Memberi galakan secara langsung atau tidak langsung kepada Pengakap Kanak-kanak supaya menyertai Malam Pengakap

Sebagai menggalak pengakap kanak-kanak.  Ada baiknya mereka dibawa bersama menyertai Malam Pengakap supaya mereka lebih awal mendapat latihan dan galakan sebagaimana abang-abang mereka.  Ini adalah kerana mereka juga akan menjadi dewasa.  Diingatkan bahawa malam pengakap tidaklah diutamakan kepada pengakap kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung.  Tetapi ianya diadakan secara sederhana sahaja supaya mereka dapat mencontohi apa yang abang-abang mereka buat dalam malam pengakap.

5.2              Perasaan ingin bersuka ria/gembira

Setiap AKELA (Pemimpin Pengakap Kanak-kanak) seharusnya mengambil perhatian terhadap perasaan dan jiwa kanak-kanak.  Ini adalah kerana mereka mempunyai perasaan semulajadi ingin merasa gembira dan bersukaria dan ingin tahu sesuatu, amak berikanlah mereka suatu hiburan tersendiri iaitu “Malam Pengakap Kanak-kanak”

6.                  Malam Pengakap Kanak-kanak

Kalau kumpulan pengakap ada Malam Pengakap, maka kumpulan pengakap kanak-kanak juga boleh mengadakan satu temasya seumpama itu.

Semasa malam pengakap kanak-kanak, AKELA (pemimpin) mestilah berusaha dan bertanggungjawab serta bijak untuk mengubah suai acara supaya seimbang dengan jiwa dan peringkat umur serta kebolehan kanak-kanak.

7.                  Perbezaan persembahan

7.1              Acara nyanyian

Nyanyian bagi pengakap kanak-kanak haruslah bercorak kanak-kanak.  Ianya senang, mudah dinyanyikan dengan gembira serta bersemangat/perasaan.

7.2              Senitari

Tarian juga disesuaikan dengan cara yang mudah serta bercorak kanak-kanak.

7.3              Seni lakon

Cara berlakon juga diambil perhatian, supaya kanak-kanak itu benar-benar dapat melakonkan dengan gaya semulajadi bagi kanak-kanak itu sendiri.

Dalam tiga perkara tersebut, hendaklah dilatih dengan sebaik-baiknya oleh pemimpin yang mengendalikan acara tersebut.

8.                  Persediaan untuk Malam Pengakap Kanak-kanak

Sebelum mengadakan sesuatu persembahan maka pemimpin (AKELA) yang bertanggungjawab terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menyediakan beberapa perkara seperti berikut :-

a.                   Menentukan tempat mengadakan Malam Pengakap Kanak-kanak.

b.                  Membuat aturcara (Program) dan Juruacara sekali.

c.                   Membuat jemputan kepada kumpulan-kumpulan pengakap yang berdekatan.

d.                  Menentukan seorang yang dianggap berpengaruh di kawasan itu untuk merasmikan Malam Pengakap Kanak-kanak.

e.                   Menjemput dua atau tiga orang kenamaan dan ibu bapa kanak-kanak, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, pemimpin dll.

f.                   Menyediakan jawatankuasa persiapan, kerusi, obor, minuman dll :-

i.          jamuan ringan untuk VIP

ii.                  jamuan untuk pengaap dll

Sebelum Malam Pengakap Kanak-kanak dimulakan, pastikan :-

a.                   Semua peserta yang mengambil bahagian bersedia di tempat masing-masing, senyap, berdisiplin dan mendengar arahan ketua

b.                  Tuan rumah hendaklah menyediakan tempat duduk para jemputan VIP

c.                   Memberi penghormatan kepada ketua pengakap atau wakilnya, wakil rakyat, Menteri / Wakil Menteri apabila datang

d.                  Memberi tahu kepada orang yang merasmikan masa untuk dia menyampaikan ucapan dan perasmian

e.                   Apabila ucapan perasmian telah selesai :-

i.          memberi tepukan yang gemuruh

ii.                  diikuti dengan nyanyian pembukaan Malam Pengakap Kanak-kanak

iii.                memulakan acara seberapa segera yang boleh

f.                   Tiap-tiap kumpulan diminta mengadakan YELL kepada kumpulan yang memberi persembahan

g.                  Masa persembahan tidak lebih daripada 5 hingga 6 minit sahaja, kecuali lakonan dan terian iaitu selama 7 minit

h.                  Tarian hendaklah sopan.  Buatlah tarian yang baik dipandang orang

i.                    Alat penerang biasanya menggunakan unggun api.  Ianya boleh digantikan dengan obor yang diperbuat dari bambu yang dipacak ke tanah di sekeliling kawasan persembahan. Boleh juga menggunakan lampu (letrik).  Adalah diingatkan bahawa unggun api boleh merosakkan kawasan.  Oleh itu, ianya sesuai di kawasan pantai atau hutan.  Faedah unggun api :-

i.          manjauhkan nyamuk dan agas

ii.                  memanaskan badan semasa sejuk

iii.                menjauhkan binatang buas

iv.                boleh dijadikan tempat memasak air atau memanggang ikan, roti dll

j.                    Pakaian seragam pengakap harus dipakai sebelum mengadakan sesuatu persembahan dll

k.                  Jamuan ringan untuk VIP dan para jemputan hendaklah disediakan lebih awal.

l.                    Jaga kebersihan kawasan

m.                Ketua-ketua kumpulan pengakap hendaklah bekerjasama menjaga dan mengemas alat-alat yang telah digunakan dan juga memulangkan kerusi atau bangku yang telah dipakai.

9.                  Bagaimana untuk menyediakan kawasan Malam Pengakap

a.                   Cari satu kawasan yang luas dan lapang, dan jauh dari tempat-tempat larangan seperti balai polis, hospital, bomba dan tempat ibadat

b.                  Boleh juga meminjam Dewan Masyarakat dan Balairaya, tetapi hendaklah menjaga keselamatan dan kebersihan

10.              Aturcara Malam Pengakap Kanak-kanak

a.                   Mesyuarat harus diadakan di antara kumpulan pengakap yang turut serta dalam persembahan

b.                  Menyusun acara

c.                   Mengadakan penapisan awal sebelum dipersembahkan.  Pilih seorang pengerusi khas untuk menjaga persembahan tersebut

d.                  Semua persembahan harus dapat didengar dan dilihat oleh penonton

e.                   Masa persembahan hanya 2 jam sahaja

f.                   Adakan muzik sendiri dari kanak-kanak itu sendiri, kalau ada.